Monday, November 29, 2010

Cuti Diet Lagi

Aku cuti diet lagi buat kesekian kalinya sehingga _____. Sila Isi tempat kosong dengan ayat yang menarik. Hahaha!

Friday, November 26, 2010

Hangat-hangat Taik Kambeng

Blog aku ni macam hangat-hangat taik kambeng la pulak kan. Huhuhu...

Banyak keja la timah. Ke hulu ke hilir.

Rx Lite tu pun aku minum skip-skip sekarang. Nak nampak kesan kat celah mana? Lubang hidung? Huahuahaua!

Tapi perut agak kempis la dari dulu. Dulu berbuai-buai je. Sekarang dah kempis sikit. Orang kat opis pun perasan. Ada budak ni kata kalau tak perut aku tersembul. Adekah sangat jujur? Hahaha!

Takpe. Nanti kalau aku dah kureng bz aku update betul-betul ye.

Ni nak balik kampung malam karang ni.

Daaa~~

Thursday, November 18, 2010

Cuti Diet ;p

Sempena cuti Raya Haji n aku sambung pulak cuti Khamis Jumaat maka dengan ini diisytiharkan aku pun bercuti diet jugak. Hahahahampeh!

Memang tak buleh pakai kan.

Tapi still makan sikit ye. Kecuali hari Selasa aku bantai nasi Arab abes sepinggan.

Jangan follow perangai burukku ini.

Huhuhu...

Tuesday, November 16, 2010

Update Zaman Dinosor

Lama kot aku tak update kat sini. Bz sangat sampai tak sempat nak jengah.

Semalam aku cuti diet. Boleh pulak diet ada cuti ek. Jangan la korang ikut ajaran sesat cenggini. Huhuhu...

Tension sangat la. Hari ni pun tension but still boleh bertahan kot.

Ok, mari lihat perkembangan diet aku yang tunggang langgang ni. Aku tengah cuba nak teraturkan lagi so mintak ampun mahap la ye. Apa yang aku makan aku tak sempat nak tepek. Just tengok measurement aje la.

HEIGHT  : 162CM
WEIGHT : 63.5KG (-0.2)
BMI        : 24.20 (-0.07)
ARMS     : 11.0" (-0.4)
CHEST   : 35.8"
WAIST   : 28.5" (-1.2)
HIPS      : 37.4" (-1.4)
THIGHS  : 23.0" (-0.2)


Ada la sikit kureng. Sebab aku pun kureng bersungguh-sungguh jugak kan. Hahaha!

Ok, aku nak buat keja. Adios amigos.



Tuesday, November 9, 2010

Report Hari Ke 7 Dengan Rx Lite

Ape aku makan hari Isnin 8/11/2010

Hehehe... Pagi-pagi aku balik dari kampung terus pi keja. Rutin dah back to normal la kot.

Breakfast : Rx Lite + air masak 500ml
Minum pagi : biskut oat crunch + air masak 250ml
Lunch : nasi suku, lauk keli bakar, terung sira cili, masak lemak nangka + air masak 250ml
Minum petang : Tak sempat
Dinner : Nasi suku, lauk sup sayur, telur puyuh sambal, ayam sambal + air masak 250ml
Minum malam : Rx Lite + air 250ml

h2o = 1.5L

HEIGHT  : 162CM
WEIGHT : 63.7KG (-0.5)
BMI        : 24.27 (-0.19)
ARMS     : 11.4"
CHEST   : 35.8"
WAIST   : 29.7"
HIPS      : 38.8"
THIGHS  : 23.0"
aku cuma dapat amik timbang aku malam semalam je. Yang lengan semua tu aku tak amik sebab aku dah ngantuk gila. Huhuhu... So, aku menten guna yang sebelum ni la k. 


Lauk yang banyak kat atas tu jangan la korang pikir aku telan banyak ye. Aku amik sikit-sikit je. Hehehe...


Ok. Update esok. 






Monday, November 8, 2010

Update Report Jumaat, Sabtu, Ahad ;p

Hiyakkkkk...

Dah petang baru nak update. Bz mokcik...

Ok, straight to the point. Sepanjang kat kampung adekah dietku hancur lebur?

Jumaat 5/11/2010
Breakfast : Rx Lite + air masak 250ml
Minum pagi : biskut oat crunch + air masak 250ml
Lunch : nasi suku, lauk tak ingat tapi ikan la + air masak 250ml
Minum petang : RX lite + air masak 250ml
Dinner : Tak ingat jugak. Huhuhu...

h2o = 1L


HEIGHT  : 162CM
WEIGHT : ???
BMI        : ???
ARMS     : 11.4"
CHEST   : 35.8"
WAIST   : 29.7"
HIPS      : 38.8"
THIGHS  : 23.0"


Takde perubahan. Statik yo. Ape ko ingat senang tetiba buleh kurus. Huhu...


Sabtu 6/11/2010
Breakfast : Rx Lite + air masak 250ml
Minum pagi : goreng pisang 2 ketul + air masak 250ml
Lunch : nasi suku, lauk ikan rebus, pajeri terung, udang goreng kunyit besar punya!  + air masak 250ml
Minum petang : RX lite + air masak 250ml
Dinner : Char koey teow + teh o panas

h2o = 1L


HEIGHT  : 162CM
WEIGHT : ???
BMI        : ???
ARMS     : 11.2" (-0.2)
CHEST   : 35.4" (-0.4)
WAIST   : 29.5" (-0.3)
HIPS      : 38.6" (-0.2)
THIGHS  : 22.8" (-0.2)

Ahad 7/11/2010
Breakfast : Rx Lite + air masak 250ml
Minum pagi : roti kaya + air masak 250ml
Lunch : nasi suku, lauk ikan kari, udang goreng semalam  + air masak 250ml
Minum petang : RX lite + air masak 250ml
Dinner :biskut oat crunch

h2o = 1L


N Ahad aku tak amik measurement since aku malas n semalam aku dah nak balik ke Shah Alam.


So, ape aku makan hari ni esok aku cerita ceriti k.


Dah, aku nak balik. Papai!




 

Thursday, November 4, 2010

Report 2nd Day

2nd day dengan Rx Lite.

Bangun pagi minum air masak 500ml.
Breakfast : Rx Lite + air masak 600ml.

Minum pagi : Biskut munchys oat crunch + air masak 300ml.
Lunch : Nasi minyak (boleh gitu) suku pinggan, ayam masak merah, pajeri timun n nenas suku pinggan, dalca sayur suku pinggan + 2 potong tembikai + air masak 600ml

Minum Petang : Rx Lite + air masak 600ml
Dinner : Nasi ambeng suku pinggan + air masak 500ml

H2O = 3.1L (kagum la tak pernah aku minum banyak ni)

Hehehe.. Semalam makan nasi lagi tapi sikit je la. Tak ade la aku membantai sepinggan penuh. Suku je.

Pic makanan dengan berat aku semedang la tak sempat nak snap. Lunch aku tak bawak hp. Dinner pulak hp dalam beg kot. Hahaha! 

So, measurement adelah...


HEIGHT  : 162CM
WEIGHT : 64.2 KG (-0.3)
BMI        : 24.46 (-0.31)
ARMS     : 11.4" (-0.8)
CHEST   : 35.8" (-0.8)
WAIST   : 29.7" (-0.2)
HIPS      : 38.8" (-0.2)
THIGHS  : 23.0" (-0.6) 





Berusaha la dengan lebih gigih! Chaiyok!

Aku balik kampung petang ni. Kat kampung takde penimbang. So, 3 hari takkan ada update untuk makan n berat. Will update secara lumpsum bila aku dah balik Shah Alam balik.

Agak-agak kat kampung aku boleh tahan ke? Huhuhu...

Mesti keluar je nak makan KFC. Ah... Sadis...


Hope semangat aku adelah kuat. Hahaha!

Wednesday, November 3, 2010

Kantoi Sudah! Huhuhu ;p

Semalam sudah terkantoi oh.

Hahaha! 1st day dah kantoi. Apa cer???


Sebab petang lepas balik keja aku singgah Tesco. Beli beras n barang dapur sebab beras kat rumah dah sampai paras amaran. Eceh.. Beras pun ada amaran. Sampai rumah dah penat macam nak terbalik.


Kebetulan Kak Ita, housemate aku masak ayam sambal. So....... Apa tunggu lagi. Bedal la. Muakakaka!

Tapi aku still amik portion sikit. Nasi suku pinggan yang kecik tu. N ayam sambal n sotong goreng kunyit. 


So, menu semalam dah bertukar!

Aku update menu 1st day aku balik la ye.

Breakfast : Rx Lite + air masak 500ml
Minum pagi : 3 keping Munchys Oat Crunch + air masak 500ml
Lunch : Nasi suku pinggan, sayur 2 jenis (sawi n kerabu tauge), ayam sup seketul + air suam segelas
Minum Petang cum Makan Malam : Nasi suku pinggan, ayam sambal, sotong goreng kunyit + air masak segelas
Supper : Rx Lite + air masak 500ml


Hamik ko. Rx Lite jadi supper. Aku ni kekdahnya nak menguruskan badan ke nak menggemukkan badan ntah le. Hahahaha!


Lepas ni aku update menu aku lag sehari la ye. Macam pening lalat la pulak nak update hari yang sama. Alasan orang pemalas. Muakakaka!


Oh, n kena la tau berat start 1st day n ukuran badan kan.


HEIGHT  : 162CM
WEIGHT : 65 KG (Sebenarnya 64.5 tapi kira halal la.hahaha!)
BMI        : 24.77 (Sudah overweight hoooo)
ARMS     : 12.2"
CHEST   : 36.6"
WAIST   : 29.9"
HIPS      : 39.0"
THIGHS  : 23.6" (bapak besor betul la peha aku. huhuhu)


Adakah aku akan berjaya?


Tunggu dan lihat la ye. ;p



Tuesday, November 2, 2010

1st Day Dengan Rx Lite

Ye. Ini adelah blog pemantauan nak slim melim n kurus aku. Harus ke ada blog untuk pemantauan? Harusssss....

Sebab kalau tak ada nanti tak disiplin langsung. Hehehe... Kena ada perkataan langsung tu ye. Nak kata disiplin sangat tu mungkin ada terbabas di sana sinun la kan. At least ada la motivasi aku ni haaa.. ;p;p;p


Ok, cubaan aku untuk kurus ni dengan bantuan Rx Lite.


Aku beli dengan membership sekali RM210. Dapat shaker comel gitu. Hehehe...


1st day :


Breakfast : Rx Lite

Minum Pagi : 3 keping biskut Oat Crunch Munchys

Lunch : Nasi suku pinggan, sayur 2 jenis (sawi n kerabu tauge), ayam sup seketul
Minum Petang cum Dinner : Rx Lite


Agak-agak aku dapat bertahan tak?


Hehehe...


Lain kali aku amik pic ape aku makan. Senang jadi bukti. Hahaha!